Thursday 1 March 2012

Exploring to Crocker Range Park, Keningau




Rafflesia the world's largest flower

Taman Banjaran Keningau atau didalam bahasa Inggerisnya 'Crocker Range Park' terletak di dalam daerah Keningau kira-kira 15 minit daripada bandar atau 2 jam perjalanan pemanduan daripada Bandaraya Kota Kinabalu. Crocker Range Park adalah salah satu taman yang dilindungi di bawah kelolaan Lembaga Taman-Taman Sabah bagi tujuan pemuliharaan alam flora dan fauna di dalam jangka masa yang panjang. Ia adalah sebuah taman yang menjadi habitat asal kepada bunga yang terbesar di dunia iaitu rafflesia yang hanya boleh ditemui di beberapa buah tempat di dunia ini termasuklah di Borneo. 
        Pada bulan Januari 2012, saya telah menginap di salah satu asrama selama dua hari dan satu malam , untuk merasai sendiri fenomena yang tersendiri di Taman Banjaran ini. Dengan hanya bayaran MYR10 satu malam, saya dibantu oleh salah satu staff yang bekerja di situ untuk menghantar saya ke rumah penginapan melalui kenderaan yang disediakan. Tetapi malangnya, pada malam itu, hanya saya seorang sahaja yang menginap, seorang diri yang ditemani dengan nyanyian alam yang sangat semulajadi. 
         Saksikan sendiri gambar-gambar yang dijadikan kenangan buat selama-lamanya..

Sebesar kubis, mengambil masa 9 bulan untuk matang

Panorama

Di sinilah asrama yang saya menginap seorang diri..